Laporan Kewangan Program Sekolah
Program lawatan ke Agensi Nuklear Malaysia diadakan adalah untukmeningkatkan kefahaman pelajar jurusan Pendidikan Sains (AT16) dan Fizik (AT13)Semester 3 dan 5 dalam kursus SFG3012Fizik Nuklear & Sinaran dan SFG3033Fizik Tenaga. Lawatan ini adalah sebagai amali dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)dalam kursus ini. Untuk menguasai dan memahami intipati pembelajaran fiziksinaran yang masih baru dalam kalangan pelajar, program lawatan ini merupakan salahsatu usaha untuk meningkatkan nilai tambah dalam kalangan bakal guru supayaboleh diaplikasikan dan dimanfaatkan apabila berada di sekolah dan masyarakatluar nanti. Dalam lawatan ini juga, pelajar akan didedahkan mengenai prosesyang berlaku dalam reaktor nuklear, bagaimana penghasilan tenaga dalam reaktorterbentuk, kemudian pelajar didedahkan dengan proses radioaktif, pengesananserta kegunaannya.